Saturday, 9 March 2013

BAB 1 ANGKA BERERTI


Angka Bererti


Angka bererti (significant figures, s.f.) merujuk kepada angka yang berkaitan integer atau perpuluhan, yang telah digenapkan kepada ketepatan darjah yang ditentukan (specified degree of accuracy).

Contoh 1

Nyatakan bilangan angka bererti (a.b.) dalam setiap nombor berikut;

  • 5 279
    Jwb: 4 angka bererti
  • 52 009
    Jwb: 5 angka bererti
  • 0.001 25
    Jwb: 3 angka bererti
  • 0.010 41
    Jwb: 4 angka bererti

Contoh 2

Ungkapkan setiap nombor yang berikut tepat kepada 1 angka bererti (1 a.b.), 2 angka bererti (2 a.b.) dan 3 angka bererti (a.b.).

  • 87 310
  • 9 875
  • 1 009
  • 0.045 62
  • 0.002 31

Jwb:

Nombor
1 angka bererti
2 angka bererti
3 angka bererti
87 310
90 000
87 000
87 300
9 875
10 000
9 900
9 880
1 009
1 000
1 000
1 010
0.045 62
0.05
0.046
0.045 6
0.002 31
0.002
0.002 3
0.002 31

No comments:

Post a Comment